Awas ancaman bisphenol

5:47 PM Posted by AIMIE


SELEPAS pengguna dikejutkan dengan kes pencemaran bahan kimia melamin dalam produk susu rumusan bayi, gula-gula dan tenusu yang diimport dari China, kini mereka juga perlu berwaspada dengan bisphenol A (BPA)
Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim memberitahu, bahan kimia plastik itu melarut resap daripada lapisan tin logam ke dalam susu rumusan bayi tanpa disedari.
“Bahan ini digunakan secara meluas dalam pembuatan tin susu rumusan bayi bagi membolehkan tin susu terbabit tahan lebih lama.
“Walaupun dibakar dengan suhu tinggi, ia tidak akan menjejaskan tin susu terbabit,” katanya.
Ujarnya lagi, bahan kimia itu juga digunakan sebagai bahan untuk membuat botol minuman termasuk botol susu bayi.

0 comments:

Post a Comment